Assalamualaikum.
Ok, kali ni aku memang pasti sangat ramai yang bersemangat nak pukul aku dengan steering lock sebab lama aku menyepi tanpa sebarang post terkini. Mohon ampun & maaf sangat-sangat sebab aku sibuk dengan beberapa program, event & business.
Kebetulan ada pula soalan dari Ana Lee yang tanya macam mana nak tune gitar, untuk jawapan kepada soalan tu nanti aku akan post entry lain.
Yes, aku sangat-sangat sibuk kebelakangan ni. Sekejap ke Singapore, lepas tu ke Terengganu, kemudian ulang-alik KL, memang dah bersawang la blog ni. Tapi Insyallah selepas ni aku cuba untuk update segala aktiviti.
Minggu ni aku akan berada di KL pada 8-9 November, kepada sesiapa rasa nak belajar tentang muzik atau business boleh luangkan masa untuk PM Facebook page aku.