Wednesday, September 3, 2014

Soal Jawab : Beza antara irama, melodi dan lagu

Untuk entry kali ni aku akan menjawab soalan yang diajukan oleh saudari Ana Lee iaitu apa beza irama, melodi & lagu. Soalan ni diajukan dalam entry "Pembelajaran - Menulis lagu bukannya mudah".




Kat sini aku highlight lirik lagu dari Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam lagu Getaran Jiwa, "Andai dipisah lagu dan irama". Kalau korang amati lirik tu, apa maksudnya? Tapi untuk menjawab soalan ini, akan aku terangkan secara lebih mendalam.

Dalam sebuah lagu biasanya akan terkandung 4 elemen penting yang memainkan peranan dalam membentuk jiwa sesebuah lagu tu iaitu nada, melodi, irama & tangga nada. Apa tu? Mari kita kupas satu persatu.


  • Nada (tone) merupakan bahagian paling kecil dalam sesebuah lagu. Dalam kamus muzik, nada bermaksud bunyi yang mempunyai getaran (frekuensi) dan ketinggian (pitch) tertentu.
  • Melodi merupakan nada yang disusun secara horizontal dengan lompatan (interval) tertentu. Inilah yang akan membentuk lagu & terdiri dari fasa serta tema tertentu.
  • Irama merupakan elemen yang menentukan bentuk lagu tersebut. Elemen ini sangat penting untuk memberi jiwa dalam sesebuah lirik yang dinukilkan. 
  • Tangga nada merupakan pengaruh paling besar dalam menghidupkan jiwa sesebuah nukilan lirik. Ia mampu menjadikan lagu tu jadi riang, catchy atau sedih.

8 comments:

  1. Replies
    1. Tak layak, saya takde SPM..Tapi saya ada wawasan..

      Delete
  2. Ohhh .. paham paham! Terimakasih banyak banyak.. *erm.. nak panggil apa eh? Pc? Cikgu? Encik?

    Hehe .. apa apa pun terimakasih luangkan masa untuk menjawab persoalan ana. Semoga lebih sukses dalam apa jua bidang yang diceburi (:

    ReplyDelete
  3. Awesome :) Diterangkan dengan terperinci :D Ada degree ke ni? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde degree, hanya perkongsian & sedikit research serta bantuan dari orang-orang yang lebih arif tentang muzik. :)

      Delete
  4. Thanks for sharing. Sangat berguna.. Selama nie taktau pun secara mendalam.. Hehe

    ReplyDelete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...