Monday, September 1, 2014

Oh, ini blog baru

Assalamualaikum WBT.

It's 4.30 morning, aku masih lagi tercongok depan laptop sambil research tab lagu-lagu yang orang share kat internet ni. Kebelakangan ni aku memang susah nak tido, tak kira la siang atau malam. Aku pun gatal-gatal la buat blog walking, singgah sana sini, komen sana sini, buat kacau sana sini.


Tiba-tiba ada pulak kawan lama sergah aku kat IM, tanya aku sejak bila pulak aku ada blog ni. Sebenarnya dulu aku aktif blogging jugak, cuma aku delete blog tu sebab kena hack. Bertahun jugak la aku tinggalkan dunia blogging ni, sampaikan bila aku sign up balik aku dah tak reti nak buat apa. Mujur la ada bloggers tegar yang sudi bagi tutorial, terima kasih banyak-banyak.


Aku kembali berblogging ni sebab rindu dunia bloggers ni disamping aku boleh la share sikit sebanyak ilmu yang ada terutamanya tentang muzik. Nak buat macam mana dah kerja aku pun memang dengan muzik. Dan melalui blog ni jugak aku boleh share macam-macam benda lagi. So aku harap mana otai-otai bloggers tu kalau ada salah silap aku, mohon tunjuk ajar ye.


It's good to come back, cuma aku dah lupa mana bloggers lama-lama dulu yang selalu kacau-kacau aku. Kalau ada yang masih kenal, mohon tegur-tegur la ye.

1 comment:

  1. tak penah kenal .. anyway, selamat kembali :D

    ReplyDelete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...