Monday, September 8, 2014

Advertising : Kek Horlick Batik Chocolate

Opp!! Opp!! Dah alang-alang singgah blog aku ni, ambik la masa korang sikit nak mempromosikan hasil tangan adik angkat aku. Memperkenalkan Kek Horlick Batik Chocolate!! Dengan rasa yang hebat, diperkayakan lagi pulak dengan tekstur menarik ala-ala coklat Sneakers gitu!




Kalau korang berminat nak try, sila layari laman Instagram dia. Add @Food_N_Eat kemudian korang boleh la usha nak rasa kek ni dulu ke. Hahaha!! Ni antara beberapa komen dari mereka yang pernah mencuba keenakan kek ni.

Puan Zainab - Ahli Perniagaan, Putra Height.
"Makcik mula-mula tu saje je beli, nak sedapkan hati dia. Bila dah makan tu, hati makcik pulak yang tak sedap sebab beli 1 je, saiz kecik pulak tu. Esoknya makcik carik balik dia terus order 10, saiz besar!"

Encik Hanapiah - Guru Disiplin, Petaling Jaya.
"Saya mula menikmati keenakan kek ni selepas merampasnya daripada seorang murid yang sedang makan kek ni di dalam kelas ketika sesi pembelajaran. Ternyata kek ni sedap! Jadi saya tanya dia, kat mana beli kek ni?"

Tuan Haji Mahpor - Pesara Tentera, Johor Bahru.
"Saya makan kek ni semasa menghadiri seminar usahawan di Kuala Lumpur bulan lepas. Disebabkan rasanya yang sedap, saya kini mengambil stok yang banyak setiap minggu untuk dijual di warung bini muda saya!"


Jika berminat, boleh juga membuat tempahan melalui aku. Jangan risau, tak ada unsur riba! Hahaha!! Marilah support perniagaan anak tempatan!!

6 comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...