Monday, September 22, 2014

My Life : Travel Singapore to KL

Eh, seminggu tak ber'update' blog ni. Patut la sambutan contest pun hambar, nampaknya terpaksa la aku batalkan dulu atas sebab tertentu. Lain tahun pulak buat contest. Hahaha!!

Ok la, back to the story. Aku tak sempat nak update entry terbaru disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja & turut ambik kesempatan berjalan sakan. Lokasi pertama yang aku terjah, Singapura. Well, disebabkan kesuntukan masa & budget maka aku hanya menghabiskan masa di suatu lokasi khas sahaja. Apapun terima kasih kepada sahabat aku, seorang rockers tegar kat sana yang sudi membawa aku meninjau-ninjau serta belanja aku makan minum kat sana.





Dari checkpoint, aku naik bas menuju ke Queen Street. Sampai sana, kawan aku dah menunggu. Pengamatan pertama aku, aku ingatkan hotel tu rupanya hospital. Hahaha!! Hala-tuju awal kitorang pergi minum dulu. Cuaca pagi tu tak berapa nak elok, hujan lebat.

Sorry la, tak banyak gambar aku snap sebab aku segan nak snap gambar kat sana. Orang usha aku pelik je. Next time aku travel, aku snap banyak sikit. So far, area Bugis memang sangat terkenal dengan gadget serta barang-barang yang harganya agak rendah jika compare dengan harga kat Malaysia. Tak percaya? Pergi sendiri tengok.

Puas aku pusing-pusing, perut terasa lapar. Member aku suggest pekena nasi beryani kat Restoran Zam Zam. Menurut dia, kedai ni terkenal dengan makanan India. Alahai, sama je macam mamak kat JB tu.



Gambar di atas, Nasi Beryani Kambing. Ok la, not bad la. Tapi sebab aku ni orang Batu Pahat, jadi pada tekak aku still tak boleh lawan Batu Pahat punya beryani la. Hahaha!!

Tapi kedai ni memang agak sesak la, maybe sebab aku landing wrong timing. Waktu orang rehat. Jadi terpaksa la berhimpit-himpit, beside kedai tu agak terhad ruangnya.



Ok, belanja korang 1 gambar kat sana. Kalau tak silap aku nama masjid ni Masjid Sultan, terletak betul-betul berdepan dengan restoran tadi. Snap gambar kat sini sebab orang tak ramai lalu-lalang. Aku kan pemalu.

Ok, selesai berlegar kat sana aku terus bingkas masuk ke Johor. Alamak, satu kali lagi wrong timing. Kali ni bertembung pulak waktu orang balik kerja, semak aku dibuatnya. Tapi nasib baik la tak sangkut berjam-jam, cuma bab beratur nak cop pasport tu punya la ramai umat.



Opps, tak sangka pulak masuk je JB boleh terjumpa sahabat lama. Ini la saudara Emi yang kini merupakan gitaris kedua kumpulan rock Febians. Dah alang-alang jumpa, panjang la ceritanya.

Ok, destinasi seterusnya. Kali ni dalam negara pulak. Menuju ke Kuala Lumpur, seperti biasa public transport merupakan pilihan aku. Kalau drive sendiri banyak pakai modal.

Aku rasa KL ni tak payah aku story panjang-panjang sebab korang semua mesti dah biasa dengan suasana KL. So, aku share je la kepingan-kepingan gambar yang sempat aku snap sepanjang kat sana.



Tapi aku nak ceritakan sikit suasana malam yang mencuri perhatian aku. Aku sempat snap 2 gambar yang menceritakan apa yang aku nampak sebelum ada beberapa orang kejar aku. Mujur aku sempat selamatkan diri.



Mereka ni gelandangan yang sedang berebut-rebut mengambil agihan makanan. Suasana ni agak rare pada aku sebab kat JB aku tak pernah nampak suasana macam ni. Tapi yang membuatkan hati aku sayu bila terpandang ada anak-anak kecik kat situ.

Inilah kehidupan di kota metropolitan, ada cerita gembira & ada cerita sedih. Mungkin faktor kos sara hidup yang tinggi membuatkan mereka ni terpaksa hidup berpeleseran mencari tempat menumpang teduh. Aku hanya mampu melihat & berdoa, semoga hari-hari esok mereka ni akan lebih terjamin.

Well, ini la sedikit sebanyak nota perjalanan aku. Nak cerita detail-detail, sah letih korang nak membaca. Tapi nantikan episod ke-2 travel aku ke Singapura, Insyallah.

2 comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...