Friday, September 5, 2014

My Life : Budak-budak & cyber cafe

Untung budak zaman sekarang ni, kecik-kecik lagi dah celik IT. Benda yang memang aku tak nafikan sebab anak aku pun macam tu jugak, pantang letak iPad ke handphone ke sepah-sepah. Kalau setakat 'slide to open lock' tu, slumber je dia bukak. Terpaksa la aku buat code lock. Malas nak bergaduh dengan dia, aku belikan la Galaxy Tab yang untuk budak tu, alaa yang kaler-kaler tu. Dalam tu penuh aplikasi untuk budak, jadi takde la dia asyik nak ngendeng handphone aku je.




Ok, balik kepada topik asal. Baru-baru ni aku saje la ke cyber cafe atau sinonim dengan panggilan cc. Tujuannya, aku nak main game bola sebab X-Box aku adik aku pinjam. Disebabkan kebosanan teramat, aku pun meluangkan masa dengan membuat lawatan ke cc. Murah kot sekarang, siap ada pakej RM5 untuk 3 jam.

Dalam cc ni memang dipenuhi oleh budak-budak je. Yang ponteng sekolah tak payah cakap la, rasanya ada dekat 70%. Diorang nak cover line macam mana? Seluar tu nampak sangat. Hahaha! Tapi aku malas nak ambik port sangat, kang ditegur katanya bapak dia tak pernah tegur. Memang la dah bapak dia tak tahu dia ponteng sekolah lepak kat cc, cuba kalau tahu. Bukan setakat tegur, makan penampar buaya lagi kot..

Mata aku terpandang satu notis yang ditampal kat pintu cc tertulis "Usia bawah 17 tahun dilarang masuk", rajin betul cashier nak semak ic sorang-sorang ek? Jadi aku pun try sembang dengan kakak yang jaga kaunter cc ni.

Aku tanya kenapa ramai budak dalam ni sedangkan notis tu tulis bawah 17 tahun tak boleh masuk. Jawapan yang aku dapat memang awesome!

"Bos kata notis tu buat syarat je, budak-budak ni la customer tetap pun. Untung rugi cc ni semua sebab budak-budak ni la, orang tua mana ada nak masuk cc sangat. Kenapa awak tanya, awak ni polis ke?"

Salah ke aku tanya ek? Perlu jadi polis baru boleh bertanya? Bila dia persoalkan aku siapa, aku pun senyum je la sambil berlalu keluar. 

Korang rasa apa yang aku cuba sampaikan dalam post ni? Hehehe..Bila hebah isu ponteng sekolah, siapa yang dipersalahkan? Cikgu? Mak bapak? Pihak polis? Atau tauke cc? Cuba beri pandangan sikit..

4 comments:

  1. hahaha .. wallahualam. Lucu jugaa, tapi mesti cashier tu wondering and suspicious sebab tetiba kena tanya soalan tu. Perhaps ..

    tapi zaman kecik dulu lagi beshh, banyak aktiviti outdoor..

    ReplyDelete
  2. pendapat saya pula, semua pihak salah(peranan maybe kui3x)!! amboiii, memandai ja I tuding jari..kekekeke.. tp kalau kita syg anak2 kita, mestilah kena pantau selalu, klu blh hantar ank hingga depan pagar sekolah, tp ssh juga, sbb kbykn parents manda msa ngn ank2..huhu, polis? igt polis nk sgt ambk tahu ttg hal ni? No! bila dah jd kes baru diorg ambl tindakan.. cmtuh la selalunya.. cikgu? diorg pn dh xlarat nk kesah sgt, ckgu I pnh kata, "lantak koranglah,bkn ank cikgu pun" pai hati T_T kekekeke.. tauke? ehemm.. signboard tuh gimik semata2, tauke pn x peduli. yg pnting duit masyukk maaa..! ahaks. tp yg plg salah, budak2 tuh sendiri, sbb x fikir masa depan. asyik online3x.. keja rumah x siap, blk rumah siap, hari isnin,abis kena gantung skola.. huhuk.. xmengapa, klu diorg dh besar, barulah mereka mengerti apa itu sebuah 'kehidupan'..

    psst: saya yg pnh jd diantara mereka.wakakaah..
    sory terpanjang komen pulaks. xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. I like your opinion..Hahaa..Sangat relevan..

      Delete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...