Wednesday, September 3, 2014

My Life : Tiada lagi kidungmu

Tuntutan kerja aku selalu membawa aku ke tempat-tempat yang sememangnya keji, dipenuhi dengan berbagai benda-benda tak elok. Tapi keadaan sedemikian jangan la sampai menjerumuskan kita ke kancah tidak sihat. Bak kata orang tua-tua, "Hidup biar ibarat ikan di lautan, walaupun laut tu masin tapi isi ikan tak akan rasa masin kecuali ikan masin"..Maksudnya biarlah teruk mana pun sekeliling kita asalkan kita tak mudah terikut dengan keadaan tu.



Tapi ada kisah yang...Ah, berlaku lebih 5 tahun lepas, masa tu aku masih bujang (sekarang pun bujang jugak cuma lain status). Profession aku membawa aku ke sebuah kelab malam di KL. Macam biasa, kerja aku cuma pegang gitar kat atas stage sambil menghiburkan mereka yang dah khayal dalam dunia mereka sendiri.

Waktu kerja aku tamat tepat jam 3 pagi. Perut lapar, aku pun ajak kawan baik aku, arwah Man pergi cari makan. Aku ni budak kampungan, kalau dilepaskan sorang-sorang kat KL ni memang tak jumpa jalan balik. Jadi sepanjang sebulan kat sana, memang aku mengharapkan Man bawak aku ke sana sini la memandangkan Man pernah menetap kat KL masa zaman dia study.

Kekebuluran kami ni telah membawa kami ke sebuah warung yang dirahsiakan lokasinya. Seperti biasa, kami pun order la apa kami nak makan. Lepas makan tu kami dok bersembang lagi, tapi apa yang menarik perhatian aku ada sorang awek bertudung putih. Sambil bersembang dengan Man, sambil mata aku mencuri pandang awek tu. Berbaju kurung biru, cuma wajah dia nampak samar-samar sebab dia duduk agak jauh daripada meja kami.

"Jauh kau pandang, apa yang kau tengok?" tegur Man bila dia terasa aku macam memerhatikan sesuatu. Aku cuba mengalihkan pandangan, tukar topik sikit. Hahahaha!!

Tak lama tu aku nampak gadis tu pun berlalu pergi. Pelik jugak, takkan pukul 4 pagi awek tu masih kat luar? Nak kata awek clubbing, takkan dia pakai tudung & baju kurung pulak kan? Perasaan ingin tahu tu mengheret aku return balik kat warung tu esoknya.

Aku tercari-cari, tapi mungkin dia tak ada kot. Setengah jam kemudian aku ternampak kelibat awek tu, kali ni bertudung putih & berkurung merah. Aku masih cuba mencuri pandang wajah dia, tapi tak boleh ghairah sangat nanti kantoi. Spoil hari ni, Man sibuk ajak aku balik rumah sebab dia sakit perut. Tak apa, esok masih ada.

Esoknya, seperti biasa aku paksa Man return kat warung tu lagi sampaikan Man tertanya-tanya sedap sangat ke makan kat situ. Tujuan aku bukan nak makan sangat, tapi aku ni terasa macam nak sangat tegur awek tu. Yes, kali ni dia ada. Aku pun cakap kat Man, nak pergi tandas kejap tapi sebenarnya aku melencong pergi meja awek tu yang terletak jauh dari meja aku. Memang aku sengaja ajak Man duduk jauh-jauh supaya dia tak nampak aktiviti aku.

Perlahan-lahan aku mendekati meja awek tu, try bagi salam. Dia jawab, ada respon la. Aku pun tanya boleh duduk situ, dia diam tapi angguk kepala tanda setuju la tu. Slowly aku cuba bersembang tapi soalan aku tersekat-sekat sebab aku ni malu sebenarnya bila berdepan orang perempuan ni. Maklum la, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah aku duduk sekolah lelaki je.

Nama dia Ayu, bila duduk berdepan baru la aku dapat nampak wajah dia memang ayu. Sesuai la dengan nama dia. Sikit-sikit aku tau la background budak Ayu ni. Tiba-tiba handphone aku bergegar, tengok ada sms.

"Cantik tandas kau ye Sham!" 

Alamak, sudah terlupa pulak yang aku datang dengan kawan. Hahaha!! So, aku pun mintak phone number Ayu & mintak diri balik ke meja aku. Dalam hati aku girang la sebab Ayu ni la perempuan pertama yang aku berjaya dapatkan phone number atas usaha sendiri.
Balik kat meja aku Man punya sumpah-seranah aku. Tapi biasa la, gurau kawan-kawan. Balik je kat rumah, aku sms Ayu. Lama aku tunggu dia reply, sampai aku tertidur. Dalam pukul 10 pagi aku terjaga, baru perasan Ayu ada respon. Terus kami berbalas-balas sms, macam-macam aku tanya sampai la aku tau yang Ayu ni cashier pam minyak & memang kerja night shift. Biasa jam 4 pagi tu dia keluar rehat, makan kat warung tu. Ayu asal dari Pahang, tapi hijrah ke KL cari rezeki sebab keluarga dia susah.

Lebih kurang 2 bulan aku berkawan dengan Ayu, tapi sekadar kawan je. Nak lebih-lebih aku tak berani nak cakap, tak pandai nak mengayat. Walaupun boleh dikatakan kerap kami makan sama-sama kat warung tu, tapi perwatakan Ayu ni sangat lembut. Bahasanya santun, kalau bawak jumpa mak aku masa tu comfirm dah lulus.  Tapi aku lebih senang berkawan sebab pada pandangan aku Ayu ni budaknya baik, hormat orang & sangat menjaga solat berbanding aku masa tu yang agak....Ah, korang faham sendiri la zaman-zaman nakal.

Satu hari tu Ayu balik kampung dia, dia ada bagitau dia cuti 3 hari. Aku pun tak semena-mena sms dia, aku ajak dia kahwin. Ayu tak respon, dekat 2 jam baru dia reply. Dia cakap dia tak nak beri apa-apa jawapan hari tu, tapi dia suruh aku tunggu dia balik ke KL. Ok, aku tunggu jugak walaupun hati aku ni gelisah sebab tak sabar nak tahu apa jawapan dari dia.

Sampai hari dinanti-nanti, pagi tu Ayu sms aku suruh tunggu dia kat Hentian Putra dalam pukul 2 petang. Ayu mintak tolong aku jemput dia sebab dia bawak banyak barang dari kampung. Aku dengan beraninya memandu sendiri, memang tak nak ajak Man sebab tak nak dia kacau daun. Jenuh aku bertanya orang sana-sini mana jalan nak ke Hentian Putra, masa tu mana ada GPS! 

Aku tunggu Ayu. Jam dah pukul 2, tapi Ayu tak sampai-sampai. Aku tunggu.

Tunggu...

Tunggu...

Tunggu...Sampai pukul 4.30 petang, bayang Ayu pun tak nampak.

At last, aku call tapi tak berjawab. Dekat 20 kali aku cuba call, still tak berjawab. Aku mula fed-up, pasang niat nak blah terus. Masa aku berjalan menuju kat kereta, tiba-tiba Ayu call aku balik. Aku jawab. Tapi aku terdiam sebab.....

Yang call aku bukan Ayu, tapi adik dia yang mengkhabarkan Ayu kemalangan dengan ayah dia masa dalam perjalanan ke hentian bas. Ayu parah, meninggal kat tempat kejadian. Ayah dia pulak meninggal masa dalam perjalanan ke hospital.

Aku tergamam, tak tahu nak gambarkan perasaan aku masa tu. Aku buka sms terakhir Ayu hantar kat aku.

"Ayu memang sengaja tak nak beri Sham jawapan sekarang sebab Ayu tak nak Sham harapkan apa-apa dari Ayu. Tapi yang pastinya, Sham akan dapat jawapan Ayu nanti. Gembira atau sedih, janji dengan Ayu yang Sham akan terima dengan hati yang terbuka."

Aku drive balik ke rumah dalam keadaan sedih, niat aku hari tu nak ambik barang terus terjah ke Pahang melawat jenazah Ayu & ayah dia. Tapi sesampainya aku kat rumah, polis pulak halang aku masuk. Aku pun pelik, tapi aku masuk jugak.

Kali ni aku terduduk, tak mampu nak cakap apa. Kawan baik aku, dari kecik, Man meninggal sebab overdose dadah. Selama ni aku tak tahu Man terlibat dalam penyalah-gunaan dadah, Man selalu nasihat aku supaya jauhi dadah tapi dia...Ah, aku memang tak mampu nak cakap apa. Akhirnya aku buat keputusan, selesaikan urusan pengebumian Man.

Jenazah Man dibawa pulang & dikebumikan kat kampung. Selesai urusan pengebumian Man, aku bergegas ke Pahang untuk melawat keluarga Ayu. Bila adik dia tunjuk aku pusara tempat bersemadinya jenazah Ayu & ayahnya, aku tak mampu nak tahan airmata. Tapi aku redha, Allah lebih sayangkan dia.

Hari ni. Selepas lebih 5 tahun Ayu & Man tinggalkan aku, aku masih dapat rasa yang mereka ada dekat je dengan aku. Aku harap semuanya tenang di sana. Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman & dirahmati Allah.

Al-Fatihah untuk Ayu & Man, dua orang yang sangat bermakna dalam hidup aku. Tiada lagi ku dengar kidungmu, tiada lagi derai tawamu...

3 comments:

  1. Al-Fatihah. Sedihnyaa T_T

    ReplyDelete
  2. Kisah yang menyayat hati. Semoga mereka berdua ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman . Aamiin. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.

    ReplyDelete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...