Monday, October 26, 2015

Hall Of Fame : The Febians


Hall Of Fame kali ini aku pilih sebuah band yang dinobatkan sebagai 'Kumpulan Rock Malaysia Paling Lama' iaitu kumpulan Febians. Generasi baru ada yang kenal Febians ke? Kalau sebut Febians mesti ramai yang kata "Oh, penyanyi dia Bandi Amuk tu kan". Untuk korang yang tak tahu, aku kongsikan cerita mengenai mereka memandangkan mereka merupakan band paling rapat dengan aku.

Kumpulan Febians, juga dikenali dengan nama D'Febians atau The Febians ditubuhkan pada tahun 1980 di Johor Bahru, Johor. Dianggotai oleh Aziz Mohamed (Aziz), Abdul Rahman (Man Burger), Kemat Hassan (Kemat), Samsuri Tahir (Sham) dan Jasmin Zainal (Hana).

Mula menempa nama dalam arena muzik tempatan pada tahun 1983 hingga ke arena 'Juara Juara Rock'. Pernah dinobatkan gelaran 'Raja Pentas' pada era '86-'88 kerana sering mempamerkan persembahan mantap.



Lahirnya album '1001 Malam' pada tahun 1989, Febians ketika itu dianggotai oleh Aziz Mohamed (Aziz), Sufian Samiran (Ians), Harun Rahman (Harun), Samsuri Tahir (Sham) dan Nasabandi Jumat (Nasha). Seterusnya mereka muncul pula dengan album 'Satu Antara Sejuta' pada tahun 1991.



'Raja Pentas' menyepi seketika sebelum kembali pada tahun 1994 menerusi album 'Lang Buana' yang mana ketika itu Sufian Samiran (Ians), Samsuri Tahir (Sham) dan Harun Rahman (Harun) meninggalkan Febians. Tempat mereka digantikan oleh Samad Isa (Samad) selaku pemain drum dan Seth Jamal (Seth) selaku pemain bass. Dua ahli lama yang masih kekal adalah Aziz Mohamed (Aziz) dan Nasabandi Jumat (Nasha)

Selepas era '94, Febians hanya bergerak aktif menjayakan persembahan di sekitar Johor kebanyakannya. Berlaku banyak pertukaran ahli, namun masih setia bergerak di bawah nama Febians.



Tahun 2015, Febians mula mengatur langkah untuk membuat 'comeback'. Kali ini dengan barisan yang menggandingkan generasi lama dan baru. Dua anggota asal yang pernah bersama Febians iaitu Samsuri Tahir (Sham) yang merupakan pemain drum dan Yazeed Muhammad (Yazid) yang pernah menjadi pemain gitar bergandingan dengan muka baru iaitu Norkamal Abd. Ghani (Nano), Rahmat, Raymie Hj. Tahir (Raymie) dan Hisham Zainon (Sham CM) membentuk kembali Febians 2015.

Norkamal Abd. Ghani (Nano) dan Rahmat bergandingan selaku pemain gitar, Hisham Zainon (Sham CM) memberi nafas baru dalam muzik Febians dengan alunan keyboardnya dan watak utama selaku penyanyi menjadi peranan Raymie Hj. Tahir (Raymie).

Febians bakal tampil dengan 'single' terbaru mereka di 'Malaysian Rock Awards' nanti. Nak dengar, pastikan korang semua support konsert 'Rockers Apa Khabar 2' & 'Malaysian Rock Awards' yang dijadualkan bakal berlangsung pada November nanti.

Nak mengikuti perkembangan Febians, follow twitter mereka The Febians.



1 comment:

  1. Biar Gitar Berbicara: Hall Of Fame : The Febians >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Biar Gitar Berbicara: Hall Of Fame : The Febians >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Biar Gitar Berbicara: Hall Of Fame : The Febians >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...