Thursday, October 29, 2015

My Life : Maju setapak lagi ke depan


Assalamualaikum, hai kawan-kawan! Hahaha!! Asyik dok cerita pasal orang, pasal pontianak, lama tak cerita pasal diri sendiri. Ada follower lama blog aku ni pernah tanya, kenapa ada satu masa tu lama aku tak update post. Aku pun rasa lama aku peram soalan dia tanpa jawapan, jadi aku jawab la hari ni. Itu pun sebab malam tadi sekali lagi dia message aku.

Ok, aku sharing gambar di atas tu. Yang tahu, tahu la. Bagi yang tak tahu, benda kat atas tu aku capture masa aku belajar asas, langkah pertama aku menyelami dunia penciptaan muzik & lagu. Dah penat main gitar, aku nak duduk buat lagu je. Mana la tau, boleh kaya-raya macam M. Nasir.

Actually aku memang sangat sibuk, dalam proses menyiapkan beberapa buah lagu. Ada yang dah siap tapi kena jalani beberapa proses penting lagi. Jadi sejak aku berjinak dalam dunia ni, aku memang banyak habiskan masa kat rumah, studio ataupun pergi berguru dengan orang yang dah power gunakan benda ni.

Macam mana aku boleh terjebak?


There was a tragic story, membakar semangat aku untuk buktikan musician mampu berjaya dengan usaha sendiri, berdikari tanpa perlu mengharap kerajaan bagi subsidi.

Terlalu peribadi kalau aku nak story kat sini, lagipun aku tak nak aibkan sesiapa. Takut timbul fitnah. Letih aku nak merangkak kat Mahsyar nanti. Cuma aku doakan orang yang menjadi 'punca' ni berjaya dunia & akhirat. Aku tak ambik hati pun, sekurang-kurangnya kata-kata dia tu buat aku bertekad nak jadi lebih jauh ke depan. Terima kasih.

Apa pun aku harapkan korang doakan yang terbaik untuk aku, Insya-Allah aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk korang jugak. Kalau ada korang yang berhajat nak buat recording, boleh je direct message aku. Orait, wish you all the best.

5 comments:

  1. tahniah bro, maju lagi kedepan..bukan setakat setapak, bertapak tapak kedepan...anyway, kipidap... dont gibab

    ReplyDelete
  2. All da best. Jangan anggap sesuatu yang negatif sebagai penghalang.. Yakin dengan diri sendiri :)

    ReplyDelete
  3. all the best and keep it up the hard works okayy

    ReplyDelete
  4. Thanks for your support. Arigato..... :D

    ReplyDelete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...