Thursday, October 1, 2015

Hall Of Fame : Led Zeppelin


Segmen baru dalam blog ni, Hall Of Fame. Yang mana dalam segmen ni aku akan story tentang band lagenda dari seluruh pelosok dunia berdasarkan kajian & sumber dipercayai.

Permulaan, aku pilih Led Zeppelin. Band yang menjadi pencetus minat aku untuk terus bergelumang dalam industri muzik rock. Aku rasa budak-budak yang lahir era 2000 mungkin tak kenal band ni. Tapi takpe, let's rock!

Pada tahun 1968, Led Zeppelin ditubuhkan di London oleh 4 anak muda ketika tu (sekarang dah atuk-atuk). Mereka ialah Jimmy Page (guitarist), Robert Plant (vocalist), John Paul Jones (bassist & keyboardist) serta kaki pukul John Bonham (drummer). 

Sebanyak 6 album dihasilkan oleh mereka iaitu Led Zeppelin (1969), Led Zeppelin II (1969), Led Zeppelin III (1970), sebuah album yang tak bertajuk (1971), Houses of The Holy (1973) & Physical Graffiti (1975). Di dalam album yang tak bertajuk tu turut mengandungi sebuah lagu yang cukup berhantu sehingga ke hari ni iaitu 'Stairway To Heaven', sekaligus meledakkan nama Led Zeppelin sehingga ke seantero dunia. 






Perjuangan Led Zeppelin terhenti pada 25 September 1980 apabila drummer mereka John Bonham ditemui mati. Punca kematian Bonham menurut beberapa sumber adalah bukan akibat dadah, tapi dikatakan tersedak ketika muntah berpunca daripada pengambilan minuman keras yang melampau.

Akhirnya 4 Disember 1980, Led Zeppelin dibubarkan secara rasminya kerana keengganan mereka mencari pengganti Bonham. Bagi mereka Bonham tiada galang gantinya.

Cukup la setakat tu je aku story pasal perjuangan 4 anggota asal Led Zeppelin, kalau nak aku sambung sampai ke hari ni mau berjela panjang kang korang nak baca. Tapi apa yang aku boleh ringkaskan hari ni Led Zeppelin memberi penghormatan kepada Jason Bonham, anak kepada John Bonham untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan ayahnya.

Dan hari ini dalam mereka meniti usia 70an, mereka masih lagi memberikan all-out performance. Masih lagi memberikan yang terbaik untuk peminat mereka.


 


2 comments:

  1. dari muda sampai tua diorang menyanyi yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bezanya kat sana boleh hidup dengan main muzik, x sama mcm kat sini..Huhuu..

      Delete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...