Ok, hari ni aku tiba-tiba rasa nak bercerita tentang bekas Perdana Menteri kita. Siapa lagi kalau bukan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Aku ni bukanlah orang yang minat sangat nak ambik tahu bab politik, tapi aku kagum dengan sumbangan Tun Dr. M kepada Malaysia.
Kalau dikira-kira, rasanya 22 tahun Tun Dr. M menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sepanjang tempoh tu, beliau berusaha memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Paling aku kagum adalah setiap sumbangan idea beliau, terlalu jauh memandang hari depan.
Paling diingati oleh semua orang adalah ketika beliau membawa keluar Malaysia dari Krisis Kewangan Asia 1997 yang mana beliau berkeras menolak cadangan & dana bantuan dari IMF kerana beliau tak nak burukkan lagi keadaan. Tun Dr. M tak pernah peduli dengan berbagai kritikan termasuk IMF sendiri.
Tun Dr. M bersuara lantang dalam menyatakan pendirian tegas berhubung isu-isu antarabangsa sehingga tercetus kontroversi. Sering dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan & media antarabangsa terutamanya berkait dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa. Selain itu, beliau sering dituduh kronisme sebagaimana pemimpin-pemimpin lain di dunia.
Tun Dr. M banyak menzahirkan projek-projek berprofil tinggi seperti Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Koridor Raya Multimedia, Perusahaan Otomobil Nasional, Putrajaya & Litar Antarabangsa Sepang.
Akhirnya pada Oktober 2003, Tun Dr. M mengambil keputusan untuk bersara sebagai Perdana Menteri sekaligus menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.
Hari ini, Tun Dr. M masih lagi setia memberi pandangan & teguran serta nasihat beliau kepada pucuk pemerintah. Walaupun ada yang mungkin terguris hati dek teguran beliau, tapi selayaknya beliau menegur kerana beliau merupakan insan yang sudah melalui pelbagai detik mencabar ketika memikul amanah rakyat selama 22 tahun. Dan hari ni, dalam usia menghampiri 90 tahun beliau masih gagah memberi cetusan idea untuk kemajuan Malaysia.
Terima kasih "Bapa Pemodenan Malaysia".
_______________________________________________
Rujukan
- Research on the Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya and Singapore, By Faridah Abdul Rashid.
- ↑ A Doctor In The House
- ↑ 3.03.1 Snippets – Birthday, Road Transport, Blocks & M.V. Agusta chedet.co.cc, Julai 2008
- ↑ The early years, 1947-1972, koleksi artikel Dr Mahathir di akhbar Singapura, The Straits Times
- ↑ Mahathir turns 85: Achievements and gallery
- ↑ 'The Tragedy That Didn't Happen: Malaysia's Crisis Management and Capital Controls' oleh Dr. Marie-Aimée Tourres, ulasan dari 'Executive Intelligence Review', 13 Ogos 2004
- ↑ 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times', oleh Barry Wain
- ↑ Barry Wain, chedet.co.cc, 14 Jun 2010
- ↑ 'Beyond Mahathir: Malaysian politics and its discontents' oleh Boo Teik Khoo, quote ucapan Mahathir di Kolej St. Catherine, Universiti Oxford, 1996
- ↑ The Financial Turmoil and Malaysia, chedet.co.cc, 20 Oktober 2008
- ↑ Mahathir, Malaysia's Autocratic Modernizer, Steps Down, The New York Times, 01 November 2003
- ↑ ISA, chedet.co.cc, 28 September 2009
- ↑ [Victor A. Pogadaev. 20 Tahun Yang Mengubah Wajah Malaysia. Berita Harian, 13. 3. 2002]
- ↑ Mahathir dan Abdullah akan hadir perasmian Perhimpunan Agung Umno
- ↑ Dr. Mahathir masuk semula ke ICU, Utusan Online.
- ↑ Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta, Bernama. Dicapai 20 Mei, 2008
- ↑ [1], Malaysian Insider, 19 Mei 2008
- ↑ Musa: 'Duri dalam daging sudahpun terkeluar', Malaysiakini, 19 Mei 2008
- ↑ Dr M kembali ke Umno hari ini, Malaysiakini, "Muda Mohd Noor", 12:18PM Apr 4, 2009
- ↑ http://dr-chedet.blogspot.com/, Blog lama.
- ↑ "Sultan of Kedah's Honours ListHonours List for the Year 2003", The Star Online. 20 Januari 2003.
betul betul .. antara semua pm , ana paling sayang Dr.M.. Hihii
ReplyDeleteTun seorang yg tegas tapi penyayang. Tun sangat sayangkan Melayu. That's why masa 22 tahun Tun sebagai PM, mereka-mereka tu tak berani nak besar kepala.
DeleteOhh .. macam tuu
Delete