Wednesday, September 3, 2014

Pembelajaran : Menulis lagu bukannya mudah

Assalamualaikum WBT.

Aku percaya ramai dikalangan bloggers ni hebat belaka dalam bab penulisan. Tapi apa yang aku nak highlight ni bila ada rakan yang IM aku minta pendapat dalam bab penulisan lagu. Well, credits untuk rakan tu sebab dia sudi nak tanya aku walaupun dalam bab-bab penulisan lagu ni adalah lebih afdal dia tanya kat M. Nasir. Hahaha!!

Ok la, be serious. Sebenarnya aku ni memang tak layak nak bagi pandangan berkenaan penulisan lagu. Aku tak faham samada dia maksudkan tu adalah composing atau penulisan lirik, tapi aku terangkan kedua-dua terus.




Nak menghasilkan sebuah lagu yang lengkap, bukan kerja senang. Banyak benda nak kena prepare, nak kena kaji macam-macam. Bagi orang lain aku tak pasti macam mana cara kerja diorang, tapi pada aku biasanya aku akan mulakan dari penulisan lirik.

Penulisan lirik ni lebih kurang sama dengan puisi. Kalau lagu cinta, ayatnya mesti la berbunga-bunga gitu. Kalau lagu patriotik pulak, mesti la mengandungi ayat-ayat yang membangkitkan semangat. Itu terpulang kepada bagaimana korang nak menggayakan lagu tu dari segi penggunaan bahasa & sebagainya.

Sebuah lagu of course la mengandungi melodi. Irama & lagu berpisah tiada, ingat tu! Tapi ini bab yang mencabar. Irama perlu seiring dengan lirik. Kalau lirik yang korang tulis tu keras, takkan nak bubuh melodi lagu dangdut pulak kan? Lepas tu peranan nak mencari solo & sebagainya, memang banyak kerja. Ini semua perlu korang buat sebelum masuk recording kat studio. Untuk create solo tu bergantung kepada sejauh mana kreatif korang tapi yang penting solo korang mestilah masuk dengan chords, kalau tak bersepah bunyinya nanti.

Yang pastinya bila korang dah berpuas hati dengan hasil karya korang & terasa nak masuk recording, maka dipersilakan. Tapi recording bukan sama macam jamming kat studio. Recording akan dibuat satu-persatu & memakan masa yang panjang. Kalau jenis yang tak boleh bersabar tu, lupakan la hasrat korang nak buat recording ye. 

Ok la, setakat ni je aku boleh explain sebab kalau nak tahu lebih mendalam aku lebih suka cerita secara berdepan. Aku tak pandai nak huraikan lebih details, harap korang tak marah ye kalau penjelasan aku ni tak menepati jawapan yang korang harapkan. Kalau nak details sangat, aku cadangkan korang pergi tanya dengan M. Nasir terus sebab dia yang selayaknya jawab soalan ni.

3 comments:

  1. *membaca melalui android. Menunggu dalam kereta. Bosan.*

    Nasib baik ada blog ni. Bole luangkan masa dengan membaca :D

    Tumpang tanya, apa beza irama, melodi dan lagu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://shamstallion.blogspot.com/2014/09/soal-jawab-beza-antara-irama-melodi-dan.html

      Delete
    2. Okehh .. terimakasih banyak banyak :D

      Delete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...