Saturday, August 30, 2014

Pembelajaran : Mengenali note muzik


Asas


Sebelum aku kongsikan benda-benda yang lagi complex, kita kena belajar dulu pasal one of the building blocks of music iaitu notes. Yang ni memang agak membosankan, macam belajar ABC. Tapi kalau tak kenal huruf, macam mana nak membaca kan, kan, ek, ek? Ini adalah asas & aku sure sangat ramai yang malas nak belajar benda ni. Tapi tolong belajar! Ini sangat-sangat penting!



Yang pertama, korang kena tau yang dalam skala muzik (ala-ala barat) ade 7 huruf sahaja yang digunakan untuk menamakan pitch-pitch. A, B, C, D, E, F, G. Takdenya sampai Z! Kalau susah nak ingat, cuba sebut ejaan nama band "Def Gab C". Huruf-huruf ni la yang dipanggil note, sebagai cara untuk kita labelkan pitch.

Kalau korang main gitar, sure korang akan nampak lebih dari 7 notes. Kalau piano pulak, mesti nampak lebih dari 7 keys. Betul tak? Sekarang tengok sebahagian dari piano keys kat bawah ni. Kalaupun korang tak berminat nak main piano atau keyboard, ikut je. Pada aku ini cara paling mudah untuk aku gambarkan pasal notes & yang sewaktu dengannya.


Kalau tengok piano kat atas ni, apa first pattern yang korang nampak? Perasan tak yang keys hitam dia ada dua, pastu tiga, pastu dua balik, pastu tiga balik? Key putih pertama dalam gambar kat atas tu note C, key putih kedua note D & berikutnya. (Sebelah kiri dua black keys = note C). Cuba asingkan pattern tu macam kat bawah ni.


Korang boleh nampak tak antara note C & note D, antara note D & note E, antara note F & note G, antara note G & note A, antara note A & note B, semuanya ade black key. Tapi antara note E & note F takde. Antara note B & note C pon takde. Ape ke halnya ni? Jom kita tengok note-note tu dalam gitar kat 5th string (tak hafal lokasi note-note tu pon takpe buat masa ni).


Kat gitar pun sama. Antara note C & note D, note D & note E, note F & note G, note G & note A, note A & note B semuanya ada satu fret yang takde label. Sebenarnya, antara note C & note D, fret keempat tu adalah note C Sharp (C♯ atau C#). Note tu juga dipanggil D Flat (D♭ atau Db). C# ialah Enharmonic Equivalent of Db. Enharmonic Equivalent ni maksud dia bunyi (pitch) sama, nama jek lain. Walaupon note tu bunyi (pitch) dia sama, tak bermakna kita boleh suka hati jek nak panggil dia C# atau Db. Nanti lain tahun aku bagitau apesal. Buat masa ni, tak kisah la kalau nak panggil dia C# ke, Db ke.

Sharp ni maksud dia ialah satu half step atas note yang di'sharp'kan tu. Dalam gitar, half-step tu jarak dia satu fret. Whole step pulak jarak dia dua fret.

Flat pulak maksud dia ialah satu half-step bawah note yang di'flat'kan.

Tanda Sharp dan Flat juga dipanggil Accidentals. (Bukan bermaksud kesilapan, macam "eksiden").

Jadi kalau aku sebut note G# dalam 5th string, jawapan dia fret ke 11. Antara note G & note A.

Kalau note Bb pulak kat fret ke 13.

Jadi sekarang korang dah paham ape itu sharp, ape itu flat. Kadang-kadang sharp & flat ni musicians gunakan bila cakap pasal tuning. Kalau dia kata "tali E ni tak tune, sharp sangat bunyi dia". Apa yang dimaksudkan bukanlah tali ko tu sampai half-step above the correct pitch, maksud dia cuma tuning tu tinggi dari tuning yang betul, walaupon sikit. So, jangan confuse dengan istilah sharp & flat.


Berbalik kepada gambar key piano tu tadi. Kalau black key tu terletak antara note C & note D, maknanya itu note C# atau Db. Jadi, kenapa takde black key antara note E & note F, antara note B & note C? Dalam western music memang camtu. Suka hati diorang je nak buat apa. Tapi, adakah itu bermakna E#, Fb, B# & Cb tak wujud? Oh, tidak. E# ialah nama lain bagi note F (enharmonic equivalent). Fb pulak nama lain bagi note E. Same goes with B# and Cb. (Cuba tengok gambar piano keys kat section Advanced Reading kat bawah). Macam yang aku bagitau kat atas, ini tak bermakna korang boleh sentiasa rujuk kepada note B sebagai Cb sesuka hati. Nanti belajar pasal key korang akan tau bile Cb digunakan instead of B, contohnya :-

Sekarang aku nak tunjuk semua note yang ade dekat 5th string (A string), tapi lepas fret 15 aku tak tulis note yang ade sharp atau flat, sebab leceh. Tak hafal dulu lokasi kesemua note kat bawah ni pun takpe buat masa ni. Janji korang tau pattern jarak antara dua note bersebelahan. Maksud aku, korang mesti tau yang B dan C, E dan F jarak dia satu fret jek (half-step). Yang lain whole step. Kalau yang tu ko tau, pastu ko tau note C kat mana contohnya, note-note lain at least korang boleh kira dari situ.


Open string note A. Pastu selang satu fret note B, next fret note C and seterusnya. Pusingan dia sama je dengan piano cuma dalam piano boleh nampak jelas pattern dia sebab ada black and white keys.

Dalam gambar ni boleh nampak yang open string A, pastu fret ke 12 pon A gak, fret ke 24 pon A jugak. Fret ke dua tu B, fret ke 14 pon B jugak. Setiap note A adalah dari keluarga yang sama. Setiap note B pon camtu, and seterusnya. Sebab note-note tu dikategorikan dalam "keluarga" yang sama ade aku explain dekat "advanced reading" section kat bawah.

Note A yang dekat fret 12 tu ialah satu Octave lebih tinggi dari open string A. Note A yang dekat fret 24 pulak satu octave lebih tinggi dari yang kat fret 12, dan dua octave lagi tinggi dari open A. Note lain pon camtu gak. Contohnya note D yang fret 5 satu octave lebih rendah dari yang kat fret 17. Jarak satu octave ialah 12 half-steps (12 fret kat gitar).

So, hopefully sikit sebanyak korang dah paham pasal note dalam muzik. Kalau tak tau bab ni susah sket nak paham bab scale, key, chords yang aku akan kongsikan nanti.

 

Advanced Reading

Kalau belum paham semua kat atas, baik baca semuanya dulu. Section ni pada aku tak terlalu penting sangat untuk pemain gitar, tapi berguna jugak la. Dalam section ni, korang tak perlu ambik tahu sangat. Yang penting kat atas tu paham dulu.

Note Punya Family

Aku mulakan dengan yang senang dulu. Kalau nak tau kenapa semua note A, tak kira octave, semuanya dalam keluarga yang sama. Bila kita main open string A contohnya, frekuensi dia 110Hz. Kat tali yang sama fret ke 12, frekuensi dia 220Hz. Fret ke 24 pulak 440Hz. Seterusnya pulak mesti la 880Hz. Nampak tak kira-kira pattern dia? Family note lain pun pattern dia sama, cuma frekuensi je lain-lain.

Lagi Pasal Accidentals

Dalam muzik, accidental bukan sekadar sharp dengan flat je. Ade jugak double-sharp ( atau x) dan double-flat (atau bb). Double-sharp ni macam sharpkan dua kali, maknanya whole-step higher. Double-flat pulak whole-step lower. So, apakah enharmonic equivalent note C double-sharp (Cx)? Jawapan dia D (or E double flat). Apakah enharmonic equivalent of note C double-flat? Jawapan dia note A# dan Bb. Sebenarnya, setiap note kecuali G#/Ab ade tiga nama. Tengok gambar kat bawah ni, setiap pitch aku letak kesemua nama dia.


Jahanam!! Mesti pening kan? Relax la, selagi korang faham ape itu double-sharp & double-flat pon dah cukup. Tak payah susah-susah nak hafal semua nama setiap pitch. Jarang aku nampak double sharp ke double flat dalam score lagu pop rock. GuitarPro sampai version 5 belum recognize simbol-simbol tu lagi. B# dengan Cb pon tak recognized. GP6 baru boleh.

So, bila kita pakai benda double ni? Aku ade dua contoh. Apakah note ketujuh dalam scale G# harmonic minor? Jawapan dia bukan G, tapi Fx. Tak tau kenapa takpe, nanti aku ajar pasal scale baru korang akan paham.

Lagi satu contoh, apakah note-note dalam chord Gb minor seventh? Sesetengah reference akan cakap Gb + A + Db + E. Secara teknikalnya, walaupon bunyi dia betul, nama note tu salah. Jawapan dia ialah Gb + Bbb + Db + Fb sebab formula dia root + flat 3rd + 5th + flat 7th. Tak tau takpe. Nanti aku ajar kongsikan pasal interval & chord formula.

Membaca Note Dalam Standard Notation

Kalau korang berminat nak main Jazz atau Classical music (maybe sessionist kena reti gak kot), pada aku takde la wajib reti baca note dalam Standard Notation. Standard notation ni yang orang panggil "taugeh" tu. Bagus sebenarnya kalau reti baca. Contohnya, kalau nampak accidental, quickly you can find out if the key modulates to something else.

I can read it (sight read, tak tengok TAB), and I don't think it hurts to know how to read it. I'm not fast at at reading the standard notation for the guitar, but I'm ok.

But kepada sesiapa yang curious, here's a start. As you can see, lokasi kepala taugeh tu vertically menunjukkan note tu. Aku labelkan note-note tu. In real standard notation, takde label camtu. And aku cuma tunjuk dari open 6th string sampai ke fret 12 first string jek.

Tak macam piano atau instruments lain, dalam gitar kebanyakan notes boleh dimainkan di lokasi berbeza. Contohnya, cuba tengok note D yang pertama dari kiri tu. Note tu adalah note yang sama dengan A string 5th fret.

There are a lot more that I can say about this, but I won't go there, at least for the time being.


 

Transposing Instruments


Kat sini aku bukan nak ajar pasal macam mana nak transpose satu lagu tu. Contohnya kalau penyanyi suruh "turunkan key" ke. Itu aku akan cover dalam lesson lain.

Tapi yang aku nak sebut kat sini ialah pasal instruments yang dipanggil "transposing instruments". Let's use the piano as a reference, since piano is a "non-transposing instrument". Katakan pianist main note C, and dia suruh ko main note C jugak. You both will be playing the same note, and if the octaves match, it will sound the same. Tapi kalau dia suruh pemain trumpet, atau saxophone main note C, bunyi dorang lain.

Sebabnya, Trumpets (except for C Trumpets) and Saxophones (except for C Saxophones) are transposing instruments. Trumpet yang common, contohnya Bb Trumpet, kalau nak bunyi yang sama dengan note C piano, dia kena main note D. Kalau Eb Alto Saxophone pulak kena main note A untuk dengar macam note C piano.

Sebenarnya gitar pun transposing instrument gak. Cuma gitar transpose satu octave lower than written. Kalau tak paham jangan risau. Kecuali korang main dalam jazz band, atau orchestra, korang tak payah study dalam-dalam sangat. Kalau curious gak pasal benda ni, baca kat sini.

 















3 comments:

  1. Dah lama nak belajar nii .. selalu gak google cara belajar not.. tapi rasa agak rumit . Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk permulaan memang agak rumit, sebab tu perlukan guru untuk tunjuk ajar. Yang kami beri ni semua panduan je. :)

      Delete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...