Monday, March 2, 2015

My Life : Menulis lirik lagu

Assalamualaikum.

Sebagaimana dijanjikan, blog ini akan kembali bersinar (cewah...). So, dalam kebuntuan aku melepet kat rumah hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku dalam penulisan lirik lagu. Memang tak wujud pun lagu aku bertanding dalam AJL sebab.....Korang faham-faham sendiri la. Nak masuk AJL mesti nak ada kroni (bak kata sorang lagenda Rock).




Menulis bukannya mudah, nampak macam mudah tapi terlalu banyak penggunaan bahasa puitis & kadang-kala nampak macam puisi (kecuali lagu-lagu trend terkini yang boleh dikatakan sebagai 'SAMPAH'). Kenapa aku kata 'sampah'? Aku malas nak bagi contoh lagu apa atau dari penyanyi mana, tapi korang boleh dengar & nilaikan sendiri beberapa lagu yang liriknya sebenarnya tak membawa apa-apa maksud pun. Lebih banyak mengarut.

Pernah tak korang fikir kenapa lagu-lagu lama sampai ke hari ni masih menjadi permintaan hangat di radio? Lagu-lagu lama masih menjadi pilihan kaki-kaki karaoke ataupun pilihan semasa jamming? Cuba korang hayati liriknya baik-baik. Kadang-kadang sampai menusuk ke dalam jiwa, habis sentap dibuatnya. Betul tak?

Menurut pengalaman aku la, kebanyakkan lagu lama-lama ni ditulis sepenuh jiwa mereka. Percaya atau tak, ada yang berkisah tentang pengalaman hidup diorang terutamanya lagu yang ada unsur-unsur cinta tak kesampaian tu. Tapi kerana dek penulisan yang datang dari jiwa, digabungkan pulak dengan melodi yang sempurna, hasilnya sampai ke hari ni kita masih mendengar lagu-lagu tu.

Menulis lirik lagu bukannya mudah, untuk hasilkan lirik yang baik kita perlu menjiwai sepenuhnya penulisan kita. Selepas tu perlu buat penelitian semula, penggunaan ayat yang ringkas tapi padat. Lepas tu cuba perhatikan, adakah hasil itu memuaskan?

Cubalah submit pada Luncai Emas ke, tengok M. Nasir respon apa. Kalau dia ambik buat lagu tu kira korang dah berjaya la.

4 comments:

  1. saya pnah juga tulis lirik. but lirik ntah pape je la kekeke. saja je tulis. sbb masa tu baru lepas upsr. berpisah dgn kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu masa lepas UPSR kan? Cuba tulis 1 lirik hari ni. Lepas tu buat perbandingan, yang mana lebih kreatif. :)

      Delete
  2. Kalau M. Nasir terima jadi lagu, wah wah wah, hebat betul tu! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan submit kepada M. Nasir tau, bukan Nasir Bilal Khan. :p

      Delete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...