Assalamualaikum.
Apa kena tajuk entry aku hari ni? Update tengah-tengah malam buta pulak tu. Sebenarnya aku nak share dengan korang sebuah kisah menarik lagi menyayat hati yang berlaku beberapa hari lepas.
Dalam entry berkenaan aiskrim dalam pasu tu aku ada mention yang aku pergi ke Festival Layang-Layang kan? Peristiwa ni pun berlaku kat sana.
Korang mesti tertanya, apa ke hal pulak ada gambar sepasukan anggota RELA kat atas ni kan? Actually hari tu aku pergi ke sana bukan semata-mata nak bawak anak aku jalan je, tapi aku sambil-sambil buat survey & consult orang sekeliling yang aku jumpa tentang kepentingan menyimpan duit.
Jadi secara kebetulan aku ternampak sorang makcik RELA ni tengah duduk relax bawah khemah, aku pun tuju ke arah dia. Sambil perkenalkan diri dia sebagai 'mak', aku pun terus tanya sikit latar belakang kehidupan dia.
Menurut 'mak', dia serang ibu tunggal yang kematian suami. Suami pertama beliau meninggal lama dulu, kemudian beliau berkahwin dengan suami kedua yang turut meninggal 2 tahun lepas akibat kemalangan. Hasil kedua-dua perkahwinan, 'mak' dikurniakan 6 orang anak.
"Kenapa mak masih terus bekerja sedangkan usia mak dah lanjut & saya difahamkan kesihatan mak pun tak mengizinkan mak bekerja terlalu keras?" Satu soalan aku tujukan kerana rasa simpati dengan keadaan beliau.
Serta-merta keadaan bertukar hiba. 'Mak' membuka cermin matanya & mengesat airmata. Aku jadi serba-salah pulak, mungkin aku tersilap tanya soalan.
Kemudian 'mak' mula menjawab soalan aku. Katanya selepas dia berkahwin dengan suami kedua, 5 anak hasil perkahwinan pertamanya menentang. Mereka akhirnya nekad membiarkan ibu tua ini melayari kehidupan barunya sendiri. Langsung tak datang menjenguk bertanya khabar.
Aku agak tergamam mendengar cerita 'mak', seketika dia berhenti bercerita sambil mengurut-urut dadanya menahan sebak. Kemudian dia sambung lagi.
Selepas kematian suami keduanya, anak bongsunya pulak mula berubah sikap jadi liar. Tinggalkan rumah, pindah ke tempat lain. Menurut 'mak', beliau cuma tahu nama tempat anak gadis bongsunya tinggal, tapi tak tahu alamat kediaman. Sebulan atau dua bulan sekali baru anak bongsunya tu balik, itupun bila perlukan duit. Selepas tu, hilang...
Mendengar cerita 'mak' buat aku jadi hiba. Aku memandang arah anak kecik aku yang sedang leka bermain, hati aku mula berbisik.
"Ya Allah, mudah-mudahan anak kecil aku ni jadi anak yang solehah kelak".
Selepas berbual-bual sekitar sejam lebih, aku bingkas minta diri kerana hari sudahpun lewat. Aku ambik alamat rumah & nombor telefon 'mak', mudah-mudahan Allah beri aku kekuatan untuk bantu ibu tua ini. Berkali-kali dia kata, kenapa anak-anaknya tak sebaik aku. Tapi aku hanya mampu katakan, setiap terjadi ada hikmah di sebaliknya. Sebelum aku melangkah, aku tinggalkan nombor telefon aku & aku pesan kepada 'mak', jangan segan menghubungi aku sekiranya dia perlukan bantuan.
Ketika aku memandu balik ke rumah, aku masih terfikir bagaimana ibu tua itu meneruskan kehidupan dalam keadaan kesihatannya yang semakin tak mengizinkan. Dia tinggal sendirian di sebuah rumah pangsa, bagaimana keadaan dia jika berlaku apa-apa? Ya Allah, mudah-mudahan kau tak jadikan aku anak yang lupa jasa ibubapa aku & mudah-mudahan kau jadikan anak kecil aku anak yang solehah.
Moral dalam cerita ni, tolonglah hargai ibubapa anda sementara masih adanya mereka di bumi Allah, sementara masih ada nyawa mereka. Jangan dibuang mereka kerana tanpa mereka kita tak wujud di atas bumi ni.
Sedihnya. Semoga diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi hidup ini.
ReplyDeleteSetiap orang ada cerita mereka masing-masing..
DeleteSedihlah baca :( .....
ReplyDeleteYang membaca pun sedih, apatah yang melaluinya..Huhuu..
Deletepagi-pagi buta lagi dah buat air mata kita bergenang dengan entri ini..huu~ by the way, pengajaran yang sangat berharga! hargai ibu bapa anda selagi mereka masih ada. :(
ReplyDeleteSekadar berkongsi rasa sedih..Huhuu..
DeleteSemoga mak terus tabah.. Mintak dijauhkan benda benda macam nie. Hurm
ReplyDeleteSemoga ada sinar kebahagiaan untuk beliau..
Deletehargai semasa hidup..doakan ketika tiada....
ReplyDeleteBetul betul betul..
DeleteMasya Allah, kenapalah anak-anak boleh jadi macam tu? Tak sedar ke mak bapak ni tak ada galang ganti? Sedih betul.
ReplyDeleteEntah la..Bila memikirkan balik hal ni, speechless jadinya..
Delete