Monday, March 2, 2015

Pembelajaran : Panduan asas tuning gitar

Di bawah ini adalah contoh soalan dari mereka yang mula berjinak-jinak dengan alam pergitaran;
– Macam mana nak tuning gitar?
– Ada tak cara mudah tune gitar kapok?
– Kenapa tune bunyi sumbang dan sengal?
– Nak tune gitar tapi takut tali putus
– Bagaimana nak tahu tuning gitar tu betul atau tak?
So untuk memudahkan para beginner dan memudahkan aku daripada menjawab soalan untuk setiap email yang datang, aku harap dengan adanya tutorial atau panduan asas tuning gitar ini dapat membantu semua.
Alat yang diperlukan.
Sebagai permulaan, adalah lebih mudah jika ada tuner sebagai bantuan. Tuner ada dalam pelbagai bentuk, elektronik dan bukan elektronik seperti piano, pitch pipe, tuning fork atau guitar tuner itu sendiri. Dibawah ini adalah beberapa contoh guitar tuner yang ada di pasaran.
   
  1. Qwik Tune QT1 – Tuner gitar mudah, ada fungsi tuning auto dan manual, menangkap bunyi dari pikap terus melalui kabel jack atau melalui mic yang ada pada tuner untuk tune gitar akustik.
  2. Korg Guitar/Bass Tuner GA-30 – Selain fungsi yang ada pada QT1, tuner ini boleh diguna untuk julat frekuensi gitar dan bass.
  3. Boss TU-3 Chromatic Pedal Tuner – Seperti tuner biasa tuner boss sering dipakai oleh musician amatur dan professional, dipasang antara gitar elektrik dan amp atau effect lain, semasa ingin tune gitar sahaja pedal dimatikan, dengan cara ini signal dari gitar hanya akan dibaca oleh tuner dan tidak keluar pada amp tanpa perlu cabut kabel jack – sesuai jika ingin membetulkan tuning gitar semasa live gig.
Tuning fork juga digunakan sebagai alat panduan untuk tuning gitar, hanya diguna oleh sebilangan pemain gitar akustik dan klasik. Ia dijual dalam beberapa frekuensi, kebiasaannya 440Hz (Tuning=A), dijadikan panduan bunyi untuk tune semua tali gitar – Pemain gitar yang sudah biasa boleh tune gitar dengan hanya berpandukan pada satu bunyi asas.
Aku tidak meletakkan harga pada contoh di atas kerana tuner gitar bukan barangan kawalan. Harga berubah mengikut tempat dan gambar di atas juga mungkin bukan produk terkini atau mungkin sudah tidak dijual pada masa anda membaca artikel ini. Ia cuma memberi idea apa contoh tuner yang ada.
Anda boleh rujuk kepada beberapa website yang menyediakan aplikasi tuner gitar secara percuma. Aku berikan beberapa contoh di bawah ini, dan sila maklum bahawa pautan laman web berkenaan mungkin tidak dapat diakses atau sudah bertukar alamat semasa anda membaca artikel ini.
Asas dan teknik tuning gitar.
Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan guitar tuner. Tuning standard untuk gitar adalah E-A-D-G-B-E dari tali #6 hingga ke tali #1. Mulakan dengan memetik tali #6 tanpa tekan mana-mana fret dan bandingkan bunyi dengan level/nilai pada tuner sehingga jadi not E. Ulang cara yang sama untuk semua tali. Tiada fret yang perlu ditekan untuk method tuning cara ini.
Perlu diambil perhatian bahawa proses tuning gitar selalunya dilakukan berulang kali sehingga mencapai bunyi yang tepat. Tegangan tali yang semakin kuat semasa tuning akan menyebabkan neck gitar membengkok pada kadar yang sedikit tetapi cukup untuk membuatkan tuning kembali lari (out-of-tune). Masalah ini juga berlaku sekiranya tali baru ditukar. Yang penting ulang cara di atas sehingga tune kekal.
Turutan tali mana yang ingin ditune itu bergantung kepada kegemaran masing-masing. Secara peribadi aku lebih suka tune dari tali #5.
*Tanda bulatan pada nut menunjukkan not sekiranya tali dipetik dengan open string (tanpa tekan fret)
*Tanda bulatan pada fret menunjukkan not sekiranya tali dipetik setelah menekan fret berkenaan. 
Perhatikan gambarajah di atas, not pada fret ke-5 tali #6 adalah sama dengan tali #5 open iaitu A. Not pada fret ke-5 tali #5 pula sama dengan tali #4 open iaitu D dan seterusnya. Method tuning cara ini boleh dilakukan sekiranya anda sudah ada bunyi asas (sebagai contoh:E). Dengan adanya not asas, tune sambil menekan fret seperti rajah untuk mendapatkan tuning not pada tali yang seterusnya. Perhatian perlu diambil pada tali #2 (not B), iaitu bunyi yang sama adalah dari fret ke-4 pada tali #3. Petik tali #1 dan #6 pada masa yang sama dan ini akan menghasilkan bunyi yang unison (not yang sama tapi oktaf yang berlainan)
Untuk tuning yang mudah, cepat dan tepat, anda perlu kenal pasti terlebih dahulu di mana letaknya nada not muzik yang hendak dicari. Sebagai contoh untuk not F, bunyi untuk not E dalam octave yang sama lebih rendah dan bunyi not G lebih tinggi. Jangan takut. Bunyi penerangan ni memang macam susah. Tapi kalau cuba tune nanti boleh faham konsep ini.
Kebolehan mengenal tinggi dan rendah sesuatu nada adalah sesuatu yang amat sukar diajar walaupun secara berdepan kerana ia 10% teori dan 90% gerak hati. Yang penting – perbanyakkan latihan.

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...