Hari ni memang hari yang agak meletihkan. Tugasan luar banyak, jadi aku selesaikan semua kerja-kerja tu awal-awal sebab nanti 23hb aku boleh la berehat sempena Pemahkotaan Sultan Johor. Kalau tak hari tu pun aku kena kerja la jawabnya. Mujur aku dapat clear semua hari ni.
SEKADAR GAMBAR HIASAN
Nak dijadikan cerita, dek terlalu sibuk aku memang kerap sangat terabai breakfast & lunch. Settle kerja-kerja, baru perut aku berkeroncong memanggil-manggil mintak diisi makanan. So, aku singgah la kat satu medan selera kat bandar JB ni.
Disebabkan aku malas nak makan malam, aku terus order heavy sikit. Nasi goreng seafood, kenyang sampai ke pagi esok punya la. Bila makanan dah sampai aku melantak la tanpa menoleh kiri kanan depan & belakang.
Errp, Alhamdulillah...
Settle sepinggan nasik, aku pun malas nak duduk melangok lama-lama. Aku pun bingkas bangun pergi ke kaunter nak bayar. Disebabkan tengah bulan ni, memang last RM50 la yang ada dalam wallet aku.
"Semua sekali RM11 bang".
Aku pun hulur la RM50 terakhir tu.
"Ada duit kecik tak bang?".
Aku geleng kepala, siap tunjuk wallet aku yang kosong penuh habuk.
"Leceh la macam ni! Lain kali bawak duit kecik, jangan menyusahkan peniaga!"
Eh, sesedap rasa je dia sound aku macam tu. Aku pun sound la, dah tau nak meniaga kenapa tak standby duit pecah? Lepas dia pulangkan baki duit aku, senyum pun tidak, siap sumpah seranah pulak. Memang 1st & last la aku makan kat kedai tu.
Bengang memang bengang la, sebab dia meniaga sepatutnya dah tau kena standby duit pecah. Maaf cakap la, sepanjang aku beli barang kat kedai 'Ca' tak pernah pun diorang merungut kalau aku bagi besar. Walaupun aku bayar RM100 untuk barang yang harga RM4.50. Kenapa bangsa aku sendiri nak sumpah-seranah bila pelanggan takde duit pecah?
No comments:
Post a Comment