March Giveaway dah bermula, kenapa ramai takut nak join ek? Ke sebab hadiah tak ribu-ribu? Huhuu.
Eh, apa hal tajuk entry ni macam ni? Sebenarnya kejadian ni berlaku sekitar jam 2 pagi tadi. Kebetulan ada kawan lama aku ajak lepak minum, siap jemput sampai depan rumah lagi. Lepas dah bersembang panjang, minum bergelas-gelas, keluar-masuk toilet, kitorang pun gerak balik.
Sampai kat satu traffic light simpang 3 kebetulan lampu tengah hijau, kitorang pun belok ke kiri nak tuju ke arah taman perumahan aku. Tiba-tiba ada satu Hilux sangat laju dari arah kanan, tak berhenti lampu merah terus..........
Alhamdulillah, aku selamat. Tapi kawan aku ni masih dalam rawatan. Mudah-mudahan dia selamat. Pemandu Hilux tu mabuk, sampai tahap dah tak kenal warna lampu. Lepas berlaku pelanggaran, dekat 50 meter jugak dia seret kitorang. Dia cuba nak lari, tapi tak dapat sebab kereta dia pun dah total lost.
Mula-mula kecoh jugak sebab dia dok kata kitorang yang salah, tapi saksi ramai nampak dia yang langgar lampu merah. Mujur la polis sampai, kalau tak comfirm jadi mendiang dia. Hahaha.
Kesimpulannya, jangan minum arak. Arak tu raja segala kejahatan. Kalau mabuk tak melibatkan orang lain tu lantak dia la, tapi tak pepasal melibatkan nyawa orang lain bagai.
Aduuuduuuuhhh Bahayanya T_T Tuu laa kan. Kita berhati hati macam mana sekalipun, kalau orang lain tak berhati hati, nie laa jadi nyaa. Wuwuw Takut --' Nasib baik selamat kan. Alhamdulillah =)
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat..
DeleteYa Allah. mujur korang selamat. kadang2 accident bukan salah kita, tapi salah pemandu tak bertanggungjawab mcm ni. eeee geram! Moga dijauhkan dari bahaya.
ReplyDeleteNak buat mcm mana, malang tu memang x berbau..
DeleteAlhamdulillah abang ok. Bila orang lain punya silap, kita pun dapat tempias. tak bestnyaa.. Take care
ReplyDeleteAlhamdulillah, selamat..Tu la pasal, org lain punya cuai tapi melibatkan org lain plak..
DeleteAlhamdulillah, selamat. Driver mabuk mcm tu jgn dilepaskan. Biar dia kena penjara, baru tau erti penyesalan. Haish.
ReplyDeleteUih, memang x dilepaskan..Tapi kena dok menyabarkan org lain plak, klu x memang jadi mayat la driver tu..Ni satu masalah gak, org lain eksiden org lain plak yg ngamuk..Yg eksiden tu ok je, yg menonton plak yg panas lebih..Huhuu..
Delete