Monday, March 2, 2015

My Life : Viral - Aiskrim dalam pasu

Beberapa hari lepas kebetulan aku dapat jumpa anak aku, jadi aku manfaatkan peluang bawak dia berjalan sakan. Kebetulan jugak minggu lepas ada Festival Layang-Layang kat Pasir Gudang, aku pun bawak la dia ke situ.

Punya la seronok budak kecik ni, first time dapat main layang-layang. Maklum la dia duduk tengah bandar dengan mama dia, sesekali jumpa orang kampung macam ayah dia ni lain la. Bila dia dah penat, dia mula la nak pau aku macam-macam. Tapi biasanya dia demand aiskrim je. Kebetulan aku terpandang ada orang jual aiskrim berdekatan.



Soalan pertama anak aku, "Ayah, kenapa orang tu letak aiskrim dalam pasu bunga? Nanti tumbuh pokok aiskrim ke?"

Tergelak aku dengar soalan anak aku. Budak nak membesar ni macam-macam soalan dia. Bagus jugak konsep aiskrim dalam pasu ni lepas habis membaham aiskrim, pasu tu buat tanam pokok kat rumah. Sekaligus memupuk minat menanam pokok.

Wawasan 2020, antara kemajuan yang dah wujud kat Malaysia ialah aiskrim dalam pasu. Hahaha!! Aku nak try la lepas ni, buat aiskrim dalam tong sampah pulak. Agak-agak korang boleh jadi viral tak?

10 comments:

  1. skrg tren eskrin pasu kan.. Huhuuu comel jep dia punya deko tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nantikan kemunculan Aiskrim Tong Sampah.. :p

      Delete
  2. Xsanggup rasanya nak mkn ais krim pasu ni, Cikna lebih rela makan ais krim malaysia yg harga RM0.20 tu je......;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang belanja, lalu makan x..? :p

      Delete
  3. tak hilang dahaga pun askem ni. tp kwn belanja, balun je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan aiskrim memang x hilang dahaga sebab sejuk + manis..

      Delete
  4. Tak pernah cuba lagi. Lagipun kat tempat saya macam belum wujud jer benda nie. Biasa tengok kat media sosial jer. Hehehehe

    Amboi, tumbuh pokok aiskrim pulak dah. Hahaha

    Anyway, saya sokong minat untuk membuat aiskrim tong sampah tersebut =P LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan saya kepada Kakak Tiri Cinderella, adakah anda sudi menjadi orang pertama yang akan menikmati aiskrim dalam tong sampah nanti..? :p

      Delete
  5. haha macam macam kn skng ni.. apa pn cantik..kreatif.. :D

    ReplyDelete
  6. benda unik mesti lah viral.. hohoho.. tak pernah makan lagi... aiskrim tetap aiskrim kan...hooh

    ReplyDelete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...