Wednesday, September 3, 2014

My Life : Bila otai dah tegur

Assalamualaikum WBT.

Sepanjang malam hari ni aku menghabiskan masa kat studio, masih dalam proses study & learning tab solo lagu Mahligai Syahdu. Satu lagu ni je dah makan masa 3 minggu, tu pun aku belum dapat catch up 100%. Senang cerita, sampai kat tangan aku memang jadi pelik la bunyi dia.



Actually kebelakangan ni aku akui gagal nak focus sebaiknya bila session, banyak sangat mistake aku buat bila atas stage. Lepas habis tu aku duduk belakang, fikir balik apa benda yang mengganggu fikiran aku. Dah lebih 10 tahun aku jadi sessionist, kalau dulu mungkin orang boleh terima sebab masih baru-baru lagi.

Dalam aku duduk diam-diam, aku teringat satu teguran daripada abang Yazeed (bassist kumpulan Febians). Aku memang selalu kena berus dengan otai-otai ni, tapi aku terima sebab pengalaman diorang lagi dahsyat. 

"Bila duduk atas stage, tak kira dengan siapa lu main yang paling penting lu kena feel setiap lagu tu dengan baik. Gitaris terbaik adalah bila dia solo, orang terpegun bukan sebab dia main laju tapi sebab setiap sound yang keluar tu menusuk sampai jiwa orang. Kalau setakat main laju tapi tak ada feel, tak guna jadi gitaris. Tapi bila lu hayati lagu tu dengan baik, lu mampu menjiwai lagu tu dengan baik, percaya la lu mampu buat orang yang dengar faham apa yang lu cuba sampaikan.."

Aku fikirkan balik apa yang abang Yazeed cakap, aku cuba bandingkan solo lagu 80an-90an dulu dengan lagu sekarang, memang betul. Aku ambil contoh lagu Mahligai Syahdu ni, sentuhan Allahyarham Samad Lefthanded. Seolah-olah sampai ke jiwa bila dengar. Tapi lagu sekarang semua lebih kepada speed & power, jiwa memang tak sampai. Mungkin ni la salah satu sebab kenapa lagu rock dulu mampu bertahan sampai sekarang, sebab mereka menjiwai habis lagu tu.

"Mistake, semua pun pernah buat. Lu tengok balik konsert Deep Purple yang lama-lama, Ritchie Blackmore pun ada buat silap. Tapi lu kena pandai cover balik silap lu, capai botol air baling kat audience ke. Yang penting biar orang tak nampak silap kecik lu.."

"Jadi diri lu sendiri, jangan terikut-ikut cara orang lain main. Biar lu ada style tersendiri, bukan cuba untuk jadi Malmsteen atau Ritchie Blackmore.."

Well, satu pembelajaran & inspirasi terbaik daripada seorang otai kepada amatur macam aku ni. Hebat manapun kita, mesti akan buat mistake cuma macam mana usaha kita untuk cover mistake tu kepada sesuatu yang lebih awesome. Banyak lagi aku kena belajar. Pengalaman mereka banyak mengajar aku untuk terus maju ke depan. Thanks bro!

Cuba tengok video kat bawah ni macam mana cara Ritchie Blackmore cover line. Hahahaha!!




1 comment:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...