Monday, September 1, 2014

Top 10 : Gitaris Malaysia terbaik

Gitaris Malaysia pada pendapat aku la, mampu menyaingi gitaris handalan luar negara. Ramai yang mengagungkan gitaris-gitaris barat terutamanya, tapi di Malaysia ni pun tak kurang hebatnya. Mereka turut menjadikan gitaris lagenda di barat sebagai idola mereka & kerana itu mereka mampu berdiri sebaris dengan lagenda-lagenda di sana.

Di sini aku senaraikan 10 gitaris terhebat pada pandangan aku la, lain orang lain citarasa. Tapi pada aku, mereka ni yang terbaik. Jangan la samakan pandangan kita, sebab masing-masing pun ada pandangan sendiri.


1. Rosli Mohalim (Sweet Charity)

RM


Antara pencetus fenomena rock di Malaysia. Beliau merupakan pemain gitar utama kumpulan Sweet Charity. Dilahirkan pada 30 September 1954, merupakan seorang pemain gitar yang sering mendapat jolokan Ritchie Blackmore Asia. Mulanya minat aku dalam muzik pun sebab selalu dengar lagu Sweet Charity.

2. Abdul Zamin Abdul Kadir (Wings)

JW


Sinonim dengan alunan gitar yang penuh melodi, mantap serta padu, mana mungkin Joe Wings dinafikan sebagai salah seorang gitaris terhebat tanahair. Dilahirkan di Muar pada 8 Oktober 1969, Joe asalnya merupakan anggota kumpulan Scandals sebelum beliau menggantikan tempat Sham sebagai gitaris utama kumpulan Wings sehingga kini.

3. Allahyarham Abdul Samad Mian (Lefthanded)

SL


Allahyarham Samad Lefthanded merupakan insan yang banyak memainkan peranan dalam sentuhan muzik kumpulan Lefthanded selain Man Kidal. Tidak dinafikan beliau seorang yang tidak lokek dalam berkongsi ilmu muzik. Dilahirkan di Johor Bahru pada 26 September 1963, beliau pernah menjadi salah seorang pensyarah di Akademi Seni Budaya & Warisan Malaysia (ASWARA). Beliau pernah diberi peluang membuat persembahan solo di Festival Muzik Jerman di hadapan ratusan ahli perniagaan dalam industri muzik di sana. Allahyarham Samad meninggal dunia pada 23 Oktober 2008 selepas dikatakan terjatuh di pejabat abangnya di Ampang.

4. Abdul Rahman Mahmood (Lefthanded)

MK


Nama Man Kidal memang tak asing lagi dalam industri muzik tanahair. Siapa tak kenal dengan pemain gitar Lefthanded yang sering mengiringi persembahan artis-artis tempatan lain ni? Sinonim dengan sentuhan serta fesyen ala-ala Yngwie Malmsteen, Man Kidal merupakan pemain gitar antara produk terbaik Malaysia yang dikenali di serata dunia. Ada dikalangan sahabat aku yang bukan orang Malaysia pernah gelar Man Kidal sebagai 'The mirror reflect of Malmsteen' (Maksudnya Malmsteen versi kidal).

5. Zulkifle Abdullah (Burnmarks)

JB


Dikenali sebagai Joe Burnmarks juga Joe Jasad Liar. Beliau antara gitaris Malaysia yang cukup dahsyat. Dengar sendiri la lagu berhantu kumpulan Burnmarks iaitu Secebis Rayuan. Joe Burnmarks masih aktif serta banyak mengiringi persembahan artis.

6. Hillary Ang (Search)

HA


Satu-satunya gitaris berbangsa cina yang membina karier awal bersama kumpulan rock tanahair. Dilahirkan pada 12 Mei 1962 di Johor Bahru, Hillary merupakan anggota asal kumpulan Search sebelum tempatnya digantikan oleh Kid. Beliau pernah menggantikan tempat Karl sebagai gitaris dalam kumpulan Cromok.

7. Shahrulhadi Sallehudin (Ekamatra)

SE


Anak kelahiran Batu Pahat, merupakan gitaris utama kumpulan Ekamatra & Eka yang sangat sinonim dengan solo mautnya menerusi lagu Pusara Di Lebuhraya.

8. Mohd Hamdan Mohd Yusof (Bloodshed)

HB


Hamdan Bloodshed pernah dinobatkan sebagai gitaris terbaik dalam Battle of The Bands 1985. Merupakan seorang gitaris yang mempunyai identiti tersendiri, tidak terikut-ikut dengan style gitaris barat. Kita boleh menghayati soul setiap lagu yang dimainkan beliau, sampai menusuk kalbu gitu.

9. Khalid Mobin (Rusty Blade)

KM


Gitaris utama kumpulan heavy metal dari Singapura yang mencipta nama di Malaysia iaitu Rusty Blade. Petikan gitar beliau menerusi lagu seperti Tiada Lagi Aku, Ikrar Perwira & banyak lagi membuatkan beliau layak untuk berada dalam senarai top 10 aku.

10. Norzaini Mohd (Bumiputra Rockers)

AB


Beliau juga merupakan komposer yang banyak menghasilkan lagu-lagu berhantu lewat 80an & awal 90an malah sehingga kini masih terus menghasilkan banyak karya-karya bermutu. Sangat dikenali sebagai Awang BPR, beliau merupakan antara gitaris pilihan aku untuk berada dalam senarai top 10 ni.






Inilah senarai top 10 gitaris Malaysia terbaik pada pandangan aku. Sebenarnya ramai lagi tapi letih la kalau aku nak buat entry panjang lebar. Kalau ada yang tak tersenarai tu jangan la marah aku ye.













1 comment:

  1. Wahh . . Hebat hebat belaka. Tapi yang ana kenal man kidal jaa .

    Ada kawan ana minat guitarist dari barat. Lupa lak nama .. nama kump dia avenge seven fold .. kalau xsilap.

    ReplyDelete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...